Siapa lagi kalau bukan, Putera William dan Kate Middleton yang dilihat sentiasa mesra dan romantis bersama!
Namun, baru-baru ini tersebar perkhabaran perihal rumah tangga
pasangan diraja ini dilanda masalah hingga dikatakan mungkin berakhir
tidak lama lagi.
Sudah tentu berita ini mengejutkan, lagi-lagi Kate Middleton sedang sarat mengandung anak kedua.
Sumber terdekat Istana Buckingham
pergolakan rumahtangga pasangan ini berpunca daripada masalah kesihatan
Kate yang mengalami alahan jenis hyperemesis gravidarum, membuatkannya mengalami muntah dan mual yang ekstrem.
Kesannya, pasangan ini dikatakan sering berbalah disebabkan perkara remeh-temeh.
Masalah dihangatkan lagi apabila baru-baru ini Kate didakwa
membuat keputusan mahu menyambut hari Natal di kampung halamannya,
Buckleburry namun William pula memaksa agar mereka menyambutnya bersama
keluarga diraja sahaja.
Perkara ini menambah lagi ketegangan dalam rumahtangga hingga ada
pihak menjangkakan perkahwinan mereka bakal berakhir
selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah dan tak lagi gembira
bersama.
Bagaimanapun pihak istana masih belum memberi kenyataan rasmi perihal pasangan diraja ini. -Mynewshub.cc