Skip to main content
Rakan Anwar Tawar RM100 Juta Lompat Parti - Anifah
KUALA LUMPUR - Menteri Luar,
Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis,
bahawa seorang kawan rapat Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya
RM100 juta untuk bawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah
melompat parti.
Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi
Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang
merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang
lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Sentral pada Mei 2008.
"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah
berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga
musim," katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta
yang difailkan Anwar terhadapnya.
Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan
kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar
negara. -mStar