SHAH ALAM - Sekumpulan penduduk Taman Templer, Rawang dekat sini
menyerahkan memorandum kepada kerajaan Selangor bagi mendesak projek
pembangunan perumahan dan perniagaan di kawasan hutan simpan itu
dihentikan.
Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Taman Templer, Datuk Mukhtar
Ismail berkata ia berikutan pembangunan yang dilaksanakan itu telah
menyebabkan kawasan tadahan air di taman berkenaan terjejas.
"Jika dilihat, pembangunan tersebut telah memusnahkan kawasan flora
yang sebelum ini menjadi kawasan tadahan hujan di hutan simpan tersebut.
"Kami turut difahamkan projek perumahan itu mencecah jutaan ringgit, disebabkan itu kami memohon kepada pihak berkaitan agar tidak mengaut keuntungan sehingga alam sekitar menjadi gadaian" katanya kepada pemberita hari ini.
Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Mat Shuhaimi Shafei ketika penduduk berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.