Pemenang 2013, Marcelo Ohio dari Brazil (tengah) bersama sebahagian peserta tahun ini. |
Sama seperti pertandingan ratu cantik biasa, ia kononnya bagi memberi
peluang kepada golongan ini memperlihatkan kecantikan luaran dan
dalaman mereka.
Acara ini sudah menjadi acara tahunan dan dikenali sebagai Miss
International Queen. Pertandingan ini disertai pondan-pondan cantik dari
seluruh dunia termasuk Malaysia.
Syarat pertandingan, peserta dibenarkan terdiri daripada
maknyah yang sudah atau belum melakukan pembedahan jantina tetapi mereka
mestilah asalnya dilahirkan sebagai lelaki.
Hadiah utama ditawarkan adalah wang tunai USD12,500 dan apa sahaja
jenis pembedahan idaman mereka tak kiralah untuk ‘mengganti anu’ mahupun
pembedahan kosmetik untuk kecantikan.
Tahun ini, Miss International Queen yang sudah masuk ke tahun
10 penganjurannya sudah pun bermula dengan keputusan akhir akan
diumumkan 7 November ini di Tiffany’s Show Theatre, Pattaya, Thailand.
Seramai 25 finalis dari 21 negara bertanding pada tahun ini dan di bawah sebahagian daripada rupa peserta pertandingan ratu cantik paling berprestij dalam kalangan transgender bagi 2014…
Memang cantik betul wajah-wajah peserta ini selepas dilakukan
‘pembaikian’ hormon, sampaikan sesetengahnya sukar nak perasan jantina
sebenarnya adalah lelaki.
Sebagai wanita sejati, kakak sendiri amat makan hati melihat mereka-mereka ini! Hahaha… -Mynewshub.cc