RM1.155 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Di Sekitar KL

PUTRAJAYA – Sebanyak 22 sekolah tahfiz di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan Pakej Rangsangan Khas Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM1.155 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk tujuan pembangunan dan menaik taraf.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan peruntukan itu kepada wakil-wakil sekolah tahfiz berkenaan pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu, Tengku Adnan berkata proses menaik taraf infrastruktur di sekolah berkenaan akan dimulakan tahun depan.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menghias bilik darjah melibatkan 23 sekolah rendah dan menengah di Putrajaya sempena Bulan Kemerdekaan 2014. – BERNAMA