Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP sering melaung dan mendabik dada,
kononnya mereka berjuang demi rakyat marhainis dan membela kehidupan
seluruh masyarakat tanpa memilih "bulu". Itulah yang selalu mereka jaja
di segenap pelosok negara.
Namun bila berkuasa, mereka seolah-olah bersikap "cakap tak serupa bikin" apabila menafikan hak rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dalam berkongsi hidup di Pulau Mutiara yang kini berada di dalam genggaman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bayan Mutiara merupakan salah satu kawasan yang baharu dinaikkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri itu merupakan pemaju yang bertanggungjawab memajukan kawasan tersebut.
Seawal kuasanya bermula di Pulau Pinang, Guan Eng mengumumkan projek pembinaan banglo mewah sebanyak 168 unit oleh PDC di Bayan Baru menerusi segmen Perutusan Pengerusi pada tahun 2008, 2009 dan 2010.
Lebih mengejutkan, rumah-rumah banglo itu dijual dengan nilai mencecah RM3 juta seunit! Siapa mampu beli rumah semahal itu di kalangan rakyat marhain?
Apakah Kerajaan DAP Pulau Pinang kini bertukar menjadi sebuah syarikat yang bersifat "profit oriented" berbanding sebuah kerajaan yang sepatutnya lebih bersifat mementingkan kebajikan rakyat?
Kenapa bina hingga 168 buah unit banglo mewah? Kenapa tidak bina 10 unit banglo mewah sahaja dan selebihnya dibina lebih banyak rumah bertaraf mampu milik yang rendah harganya untuk ditawarkan kepada rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan?
Tidak dapat dinafikan bahawa 168 buah banglo itu memberi pulangan lumayan kepada Kerajaan pimpinan Guan Eng, tapi apa pula pulangan pada rakyat yang memberi undi pada Pakatan Rakyat?
Dilaporkan lebih dari 25 buah kampung tradisi telah menjadi mangsa dirobohkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sepanjang Guan Eng berkuasa di situ. Apakah itu "pulangan" atau "kos melepas" sebagai timbal balas banglo elit di Bayan Baru? Itu "harga" yang rakyat Pulau Pinang perlu tanggung?
Sekiranya benar itu cara Guan Eng dan DAP berfikir dalam urus tadbir serta polisi yang dilaksanakan di Pulau Pinang, maka ia menunjukkan bukti yang sangat positif bahawa negeri itu sedang menuju ke arah sebuah "negeri republik".
Bayang Mutiara hanya layak didiami oleh golongan elitis, manakala yang tidak mampu membeli banglo berharga RM3 juta seunit, maka mereka perlu merempat di pinggir pulau atau di seberang laut. Bayan Mutiara hanya untuk orang-orang kaya sahaja?
"Warna sebenar" anak lelaki Lim Kit Siang itu semakin terserlah. Kata-katanya sebelum ini hanyalah retorik politik, namun perlaksanaannya "hampeh-hampeh" belaka. "Tauke" kaya tersengih gembira, marhainis Pulau Pinang mengalir air mata darah...
Segalanya sudah terlambat. Lain kali, undilah lagi Pakatan Rakyat. Inilah yang kita dapat, kan? -Amir Hamzah/Utaranews.com