ALOR SETAR - Penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’ menafikan
dirinya diupah oleh individu tertentu untuk menghasilkan karya itu.
Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO berkata, buku itu ditulis berdasarkan sumber sahih.
“Saya menulis bukan kerana diupah. Saya menulis kerana tanggungjawab sebagai penulis. Setiap kali saya menulis buku politik, saya dituduh diupah oleh seseorang.

"Kalau saya menulis buku mengkritik Anwar Ibrahim,
orang kata Dr Mahathir yang upah, begitu juga sebaliknya,” katanya
kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tohmahan itu dilemparkan kerana mereka tidak memahami maksud sebenar penulisan itu.
“Saya tidak berniat memburukkan Pas. Itu sangkaan tidak profesional. Mereka perlu baca keseluruhan buku dan mencari apakah mesej dan tujuan ia dihasilkan.
“Jangan tengok sebelah mata, tetapi guna kedua belah mata. Baca pula jangan sebahagian sahaja tetapi keseluruhan, dari muka satu hingga habis. Kemudian buat kesimpulan,” katanya.
Beliau berkata, buku itu dihasilkan sebagai peringatan kepada Pas Kedah supaya apa yang berlaku tidak berulang.
“Ia adalah dokumen sejarah. Dalam satu wacana ada orang perkatakan mengenai buku saya, bila ditanya sudah baca buku itu, mereka kata tidak. Jadi macam mana mereka boleh ulas kalau tidak baca keseluruhan buku itu,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat mahu penulis buku terbabit mendedahkan identiti individu yang mengupahnya untuk menghasilkan buku tersebut.
Mohd Azam berkata, ia penting bagi membolehkan Pas mengenali individu yang berniat jahat terhadap parti terbabit. -Sinar Harian