Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan
biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres
menghadapi peperiksaan.
Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan
pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising
dari kandang haiwan berkenaan di kampus.
Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat
tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia
minum terlalu banyak arak.
“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan
geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata
Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di
kampus itu.
“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.
“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,”
katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.
Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di
kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh
veterinar. – Agensi