Baru-baru ini SS menghadiri satu majlis hiburan. Apabila ke majlis seperti ini dapatlah kita bertemu semua penggiat seni tidak kira yang baru mahupun lama.
Ketika sedang berborak, seorang teman berkongsi satu kisah mengenai pengarah yang boleh dikatakan sudah lama berada dalam industri ini terkilan dengan satu majlis anugerah.
Alasannya hanya kerana dia tidak menang pada malam itu. Apabila mendengar nama orang lain dipanggil terus dia membuat muka.
Sepatutnya dia bersyukur walaupun tidak menang, tetapi program yang dijayakannya menjadi antara lima yang terbaik dipilih.
Pada SS, tidak menang bukan bermakna anda tidak bagus, sekurang-kurangnya juri masih nampak hasil kerja anda kerana itulah produk anda menjadi antara yang terbaik di mata juri. Daripada orang lain, jangankan menang hendak masuk lima terbaik pun belum tentu ada peluang.
Mungkin kerana sikap berasa diri bagus dan hendak menang membuatkan emosi artis ini terganggu sehingga dia berani bersikap sedemikian.
Pada SS, sebagus mana sekali pun anda semuanya berbalik pada rezeki yang diberikan Allah SWT. Jika sudah tertulis bukan rezeki anda, hebat sekali pun ia tetapi berpihak kepada orang lain.
SS: Sentiasa senyum apabila hadir ke majlis orang bukan buat muka. -myMetro