Menurut Imam Muslim di dalam Sahihnya yang terkenal dan beberapa penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengkagumkan dalam peradaban dunia Islam dan wajar dicontohi umat Islam di akhir zaman ini.
Kisah tersebut menceritakan tentang pada suatu hari ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengelilingi beliau. Di dalam majlis ilmu itu, Rasulullah SAW tekun mengajar, mendidik dan menyucikan hati para sahabat bersamanya di dalam masjid berkenaan.
Tiba-tiba, datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid sehingga menyebabkan Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang hadir terdiam.
Dengan perlahan, wanita itu dia melangkah masuk ke dalam masjid dengan penuh gentar dan takut.
Tidak dipedulikan apa saja penilaian dan pertimbangan manusia, dilupakan aib dan keburukan atau takut kepada manusia, serta tidak dihiraukan segala mata manusia yang memandang dan apa yang akan diperkata tentang tindakannya.
Wanita berkenaan berjalan sehinggalah tiba di depan Rasulullah SAW, dan sambil berdiri dia memberitahu kepada baginda bahawa dia telah berdosa dengan melakukan zina!
Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman hudud (atasku), maka sucikanlah aku!”
Apakan tindakan Rasulullah SAW apabila mendengar pengakuan wanita itu? Apakah baginda melenting marah dan meminta para sahabat menjadi saksi atas pengakuan berani wanita tersebut?
Tidak! Namun terdapat perubahan pada wajah Rasulullah SAW yang bertukar kemerah-merahan. Baginda mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan mendiamkan diri seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu.
Rasulullah SAW kemudian berusaha agar wanita ini menarik balik pengakuannya. Akan tetapi wanita tersebut membuktikan dia bukanlah wanita biasa. Wanita istimewa itu jelaslah seorang wanita yang solehah, wanita yang iman kepada Allah dan RasulNya telah tertancap di dalam hatinya.
Maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “Pergilah, hingga engkau melahirkannya (anak).”
Berlalulah bulan demi bulan dan wanita itu mengandung kandungannya selama 9 bulan, serta kemudian dia diberitakan telah melahirkan seorang bayi lelaki.
Maka pada hari pertama nifasnya, wanita itu pun datang dengan membawa anaknya yang diselimuti sehelai kain dan berkata: “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina. Inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”
Maka Rasulullah SAW pun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati baginda menahan sakit dan sedih ekoran merasakan dirinya seolah-olah menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang telah melakukan maksiat.
Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika hukuman hudud ditegakkan atas ibu bayi tersebut?
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah membesarkan anak itu maka kembalilah kepadaku.”
Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya. Dia susui bayinya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya pasak gunung.
Tahun berganti tahun, wanita itu kembali kepada Rasulullah SAW dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti.
Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah membesarkannya, maka sucikanlah aku!”
Sungguh sangat menakjubkan tahap keimanannya! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian? Di dalam tempoh lebih kurang 3 tahun, iman wanita penzina itu jelas makin bertambah!
Rasulullah SAW mengambil anak wanita itu lalu bersabda: “Siapa yang menguruskan anak ini, maka dia adalah temanku di syurga seperti ini…”.
Sejurus selepas itu, demi mendaulatkan hukum Allah SWT dan bertindak adil memegang ketetapan Tuhan sekalian makhluk, Baginda SAW kemudian memerintahkan agar wanita tersebut direjam.
Di dalam sebuah riwayat menceritakan bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar wanita itu direjam, kemudian beliau mensolatkan jenazahnya.
Maka berkatalah Umar : “Anda mensolatkannya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.”
Maka baginda bersabda:
“Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah ?” (HR. Ahmad)
Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syaitan dan dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah.
Ya. Dia telah berbuat dosa akan tetapi, dia teguh berdiri atas dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman dan taqwa, ditemani oleh sebuah jiwa yang digerakkan oleh panasnya api maksiat.
Ya, dia telah berdosa besar. Namun wanita itu dengan penuh keimanan begitu pasrah dengan taubat dan yakin Allah SWT akan menerima taubatnya dengan restu dari Rasulullah SAW. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah.
Apakah wujud lagi wanita seperti ini di dunia akhir zaman ini. Kes pembuangan bayi semakin berleluasa. Pihak-pihak berkepentingan sewenang-wenangnya menuding jari menyalahkan pihak kerajaan tanpa menyedari atau bermuhasabah atas kelemahan diri sendiri.
Iman di dada yang lemah, disalahkan pula pihak lain sedangkan pelbagai kempen, program dan kebajikan yang berteraskan Islam telah disediakan pihak bertanggungjawab, namun tidak dihiraukan ekoran leka dengan nafsu serakah yang menggila.
Bangkitlah umat Islam di Malaysia. Semarakkan diri kita dengan roh iman dan taqwa sebelum ajal menjemput tiba. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatNya pada hambaNya. Wallahua'alam. -KedahNews.com