Gisele Bundchen |
Kerjaya sebagai supermodel sememangnya mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Tahukah anda setakat ini, supermodel yang menduduki carta bayaran
model termahal adalah milik Gisele Bundchen, 34 tahun dan perkara ini
turut diakui oleh majalah kewangan terkemuka dunia, Forbes Magazine.
Jelitawan ini sudah menduduki senarai teratas model sejak 8 tahun berturut-turut dengan bayaran sebanyak RM155 juta.
Model dari Brazil ini sememangnya laku, malah pendapatannya meningkat sebanyak RM16 juta pada tahun lepas.
Walaupun merupakan ibu kepada dua anak tetapi dia sememangnya punyai keistimewaan tersendiri.
Lihat sahaja figura wajahnya sering jadi pilihan syarikat-syarikat
besar seperti H&M, Chanel, Carolina Herrera, produk rambut Pantene
dan Oral-B di Brazil.
Lebih mengejutkan jurang perbezaan pendapatan supermodel di tempat
kedua sangatlah jauh berbeza hingga dikatakan tidak sampai 18 peratus
daripada jumlah pendapatan diterime Gisele.
Supermodel di tempat kedua jatuh kepada model dari Victoria’s Secret, Doutzen Kroes dan Adriana Lima.
Model-model Victoria Secret yang menduduki carta kedua tertinggi |
Sumber: Mynewshub.cc