SYARIKAT pengeluar kereta Land Rover dikatakan mahu mengambil
tindakan mahkamah terhadap syarikat pengeluar kereta di China, LandWind
kerana meniru rekaan kereta mereka, Range Rover Evoque.
Selain meniru bulat-bulat rekaan kereta itu, LandWind turut menjual seunit kereta mewah itu dengan harga £14,000 (RM73,596), jauh lebih murah daripada Range Rover Evoque yang dijual £40,000 (RM210,248) di pasaran negara itu.

Range Rover Evoque |
Pasaran kereta itu yang semakin laku di China mula mendapat perhatian
Ketua Pegawai Eksekutif Land Rover, Dr Ralf Speth yang risau dengan
perkembangan itu yang sekali gus memberi kesan kepada jualan kereta
Range Rover Evoque disebabkan saingan daripada LandWind.
“Soal siasat mengenai perkara ini sedang dijalankan dan selepas ini
kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan untuk
melindungi hak intelek syarikat kami,” kata Ralf yang berasa sangat
kecewa dengan fenomena peniruan yang sering kali berlaku di tanah besar
China.
Range Rover Ciplak Yang Ditiru Pengeluar Kereta China, LandWind |