SEORANG pelajar perempuan mengalami detik memalukan
apabila seorang guru lelaki bertindak mengheret dan memaksanya untuk
masuk ke dalam kolam renang untuk menjalani latihan renang.
Menerusi rakaman telefon bimbit dari rakannya yang berada di tempat kejadian, gadis yang tidak mahu dinamakan itu dikatakan enggan menjalani latihan renang seperti biasa, menyebabkan guru tersebut menarik dan mengheret kedua belah tangannya serta cuba menolaknya masuk ke dalam kolam renang tersebut.
Menurut laporan yang dipetik melalui portal berita Metro.co.uk, gadis berusia 14 tahun dipercayai enggan menjalani latihan pada hari tersebut kerana baharu sahaja membuat rawatan rambut.
“Saya sangat kecewa dengan tindakan dia (guru lelaki tersebut). Ia buat saya rasa mahu menangis bila saya lihat video itu.
“Saya rasa malu dan marah kerana dia memperlakukan saya sebegitu di hadapan semua pelajar. Dia juga telah sentuh saya,” kata pelajar itu seperti yang dipetik melalui laporan portal tersebut.
Menerusi rakaman telefon bimbit durasi 95 saat, mangsa dilihat diheret ke kolam renang oleh gurunya sementara rakan-rakannya yang lain cuba menghalang dan membantunya dengan memaut lengan dan tangan pelajar itu.
Berang dengan tindakan guru yang menyentuh dan mengheret remaja terbabit, keluarga pelajar akhirnya tampil membuat laporan.
“Kita (ibu bapa) tidak akan terfikir seorang guru akan melakukan tindakan seperti itu kepada anak kita bila anak kita ke sekolah,” luah ibu pelajar tersebut.
Guru lelaki, Denny Peterson kini berhadapan dengan tindakan tatatertib dan undang-undang membabitkan pelanggaran undang-undang dan mendatangkan kecederaan kepada pelajar.
Peterson juga dikatakan bakal di saman oleh keluarga pelajar terbabit. -Sinar Harian