Tak Pernah Menang Anugerah, Nora Danish Pun Teringin Nak Merasa...

SEPANJANG 10 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, aktres kecil molek, Nora Danish mengakui dirinya kini teringin untuk mengenggam sebarang anugerah yang dapat mengiktiraf bakat lakonannnya, selepas diadili orang-orang kuat industri perfileman dan lakonan tempatan.

“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.

“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senario telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. 

"Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lagi untuk terus bertahan lama dalam industri, seseorang pelakon itu perlu menjaga kualiti lakonan mereka dan itulah yang mahu dilakukan Nora.

Fokusnya kini adalah memberikan yang lebih baik daripada segi lakonan agar peminat terus menyukai watak-watak yang dijayakannya baik dalam naskhah drama mahupun filem.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc