Tak Sempat Hasut Mahasiswa, Fahmi Zainol Dicekup Polis!

Kumpulan 10 mahasiswa yang ditahan di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah hari ini kerana tidak mendapat kebenaran berpidato di Jalan Gaya tengahari tadi. Turut ditahan Presiden MPP UM Fahmi Zainol (dua, dari kanan).
Kumpulan 10 mahasiswa yang ditahan di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah hari ini kerana tidak mendapat kebenaran berpidato di Jalan Gaya tengahari tadi. Turut ditahan Presiden MPP UM Fahmi Zainol (dua, dari kanan).
Beberapa jam selepas memuatnaik gambar beliau dalam penerbangan untuk menyertai program dalam "Jelajah Hasut", Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) ditahan di Balai Polis Kota Kinabalu.

Pelajar berkenaan Fahmi Zainol ditahan bersama 10 orang mahasiswa lain dipercayai kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk berpidato.

Dalam laporan The Malaysian Insider (TMI), Fahmi berkata mereka ditahan kerana berpidato di Jalan Gaya berkenaan isu salah guna kuasa pihak pengurusan UM dan pihak berkuasa ketika menganjurkan program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

FahmiTahan_2
Gambar Presiden MPP UM Fahmi Zainol, (hujung,kiri) di dalam pesawat ketika dalam penerbangan ke Sabah untuk berpidato di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dimuatnaiknya di laman Facebook beberapa jam sebelum ditahan.
“Kami ditahan kira-kira jam 12 tengahari ketika kami sedang berpidato mengenai apa yang berlaku pada ceramah di UM.

“Ketika ini masih lagi berada di balai polis Kota Kinabalu menunggu untuk diambil keterangan,” katanya.

Selain Fahmi, antara mahasiswa yang ditahan ialah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Kota Kinabalu dan kampus Labuan.

Dipercayai mereka sedang berpidato memberi penerang kepada rakyat Sabah di kawasan berkenaan sebelum meneruskan program berpidato di UMS yang merupakan sebahagian aktiviti “Jelajah Reformasi”.

“Memang ia sebahagian daripada aktiviti kita di Sabah sebelum kita berpidato, kita beri penerangan kepada rakyat mengenai reformasi, kebebasan akademik dan pemansuhan akta hasutan,” katanya.

Untuk apa mereka ini yang masih bergelar pelajar menjelajah seluruh negara dan menghasut rakyat berkenaan kejadian pidato ’40 Tahun : Dari UM Ke Penjara’ yang jelas melanggar peraturan universiti.

Program itu pada mulanya tidak mendapat kebenaran pihak UM untuk diadakan kerana dikatakan akan menjejaskan reputasi universiti itu.

Kumpulan pelajar bagaimanapun bertindak nekad, merempuh pagar di pintu masuk UM sehingga menyebabkan kekecohan.

Ini, sudahlah hendak berpidato di UMS pula menyebarkan hasutan jahat, mereka sempat pula berhenti di kawasan tumpuan orang ramai untuk menyebarkan hasutan mereka meracuni pemikiran orang ramai.

Eloklah pihak polis menghantar kesemua mahasiswa itu pulang semula dan jangan dibenarkan mereka mula menghasut ke sana sini ke seluruh negara menyemai semangat kebencian dalam kalangan orang muda kepada kerajaan.