(Gambar Hiasan) |
Banjir berlaku berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Portal Majlis Keselamatan Negara Kedah (MKN) berkata pusat-pusat itu
terletak di Dewan Kampung Tebing, Sekolah Menengah Kebangsaan Changloon,
Dewan Kampung Kubang Betong, Dewan Kampung Lahar dan Sekolah Kebangsaan
Binjal.
Sementara itu empat pusat pemindahan yang menempatkan 190 keluarga di
Dewan Kampung Changkat Setol, Dewan Kampung Belukar, Masjid Kampung Titi
Kerbau dan Surau Taman Sayang telah ditutup semalam.
MKN berkata air sungai kini mengalir dari Changlun menghala ke Jitra dan Kota Setar. - Bernama