Terkini! Ustaz Kazim Elias Jadi Mangsa Fitnah, Gambar Atas Katil...

Benarlah dunia kini berada di akhir zaman apabila ramai golongan ilmuan Islam dan ulama semakin kerap menjadi mangsa fitnah, tohmah, dihina dan dicaci umat Islam sendiri tanpa timbul rasa bersalah atau dosa.

Selepas penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus diaibkan dengan fitnah rakaman video seks lelaki miripnya dengan seorang wanita, kini tiba pula giliran pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias, yang turut menjadi mangsa durjana pihak tidak bertanggungjawab.

Bezanya, Ustaz Kazim tidak diaibkan menerusi rakaman video seperti Ustaz Azhar. Namun sekeping gambar yang dilukis miripnya.

Dalam lukisan yang disebar meluas di laman-laman Facebook itu, karikatur Ustaz Kazim dilukis sedang berada di atas katil dengan hanya berselimut tanpa pakaian sambil memegang gambar seorang gadis yang separa bogel dan hanya mengenakan bikini.

Memetik UtaraNews.com, gambar berkenaan hanya dikesan menerusi sebuah akaun laman Facebook yang disifatkan sebagai seorang penyokong parti politik pembangkang.


Ramai yang mendakwa bahawa tujuan gambar karikatur tidak senonoh itu dimuat naik ke laman sosial adalah lebih bermotifkan politik dan semata-mata untuk memalukan seorang pendakwah yang disambut baik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah ditawarkan memegang jawatan di dalam Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, meskipun beliau ketika itu masih lagi merupakan seorang ahli PAS.

Tawaran berkenaan telah menyebabkan Ustaz Kazim diserang hebat dengan pelbagai hinaan dan cacian, termasuk berbaur ugutan, walaupun beliau menolak tawaran dari UMNO itu secara baik setelah bersemuka dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sendiri.

Kecewa dengan sikap penyokong PAS yang jelas tidak berteraskan akhlak Islam itu, Ustaz Kazim kemudiaannya mengisytiharkan dirinya keluar dari parti tersebut dan menegaskan beliau lebih berminat untuk mengabdikan dirinya dalam bidang dakwah.

Terkini, Ustaz Kazim aktif berdakwah di seluruh negara dan terus mengimarahkan institusi Pusat Pendidikan Al-Barakah selain memenuhi permintaan dari para penganjur yang berminat untuk mendapatkan khidmat dakwah darinya di atas pentas mahupun kaca televisyen.

Pun begitu, beliau masih lagi dikaitkan dengan politik dan menjadi mangsa hinaan para penyokong parti pembangkang meskipun Ustaz Kazim pernah menegur pihak kerajaan dalam beberapa hal yang wajar secara berhikmah.

Secara peribadi, KedahNews.com lebih melihat Ustaz Kazim sebagai insan istimewa yang dikurniakan Allah SWT kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang mampu menggerakkan syariat dan mengimarahkan agama Allah secara wasatiyyah atau fundamental.

Kami berharap agar Ustaz Kazim bersabar atas ujian dari Allah SWT menerusi karikatur jijik pihak tidak bertanggungjawab itu dan membuat laporan polis bagi membersihkan imej institusi ilmuan Islam di Malaysia yang cuba dicemari pihak tertentu bila Ustaz tidak menyokong mereka.

Akhirnya, semoga syiar Allah SWT kian bersinar di bumi bertuah ini. Agar Malaysia mampu menuju ke arah sebuah "Madinah Al-Munawwarah Moden" dan terus menjadi contoh pada negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Wallahu'alam. -KedahNews.com