Mungkin tidak tahan dipujuk rayu, seorang lelaki merelakan dirinya beraksi bogel untuk membuktikan rasa "chenta"nya yang terlalu mendalam terhadap gadis seksi sehingga akhirnya memakan diri.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai John Tan, berusia 30 tahun,
turut terpaksa menanggung malu yang amat sangat apabila video aksi bogelnya itu telah tersebar di laman
perkongsian video, Youtube, ke serata dunia, baru-baru ini.
Menurut Tan, gadis berkenaan dikenali menerusi laman sosial Facebook menggunakan nama Sabrina Leung dan memiliki bentuk badan yang mengiurkan selain mempunyai personaliti yang berjaya menarik hatinya.
Sabrina kemudian dalam sesi perbualan mereka menerusi aplikasi Skype dikatakan telah memintanya untuk berbogel demi membuktikan "cinta sejati" Tan padanya.
Malang sekali, Tan bersetuju untuk memenuhi permintaan gadis tersebut.
Kata Tan lagi, Sabrina telah mengugutnya untuk menyebarkan video rakaman aksi bogelnya di internet sekiranya dia tidak membayar wang sebanyak RM10,000.
Enggan melayan kehendak gadis seksi berkenaan, video rakaman tidak senonoh itu telah dimuat naik pemeras ugut tersebut ke laman Youtube sehingga menyebabkan Tan terpaksa menanggung malu apabila seluruh dunia menonton aksi bogelnya itu.
Memetik laporan Harian Metro, terkini tidak dapat dipastikan sama ada video aksi panas berkenaan masih terdapat di laman video sosial tersebut atau tidak.
Mohon seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenal usia, bangsa atau agama supaya berfikir panjang dengan akal yang waras, agar tidak terpedaya dengan kata-kata "chenta" yang manis di laman-laman sosial bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku di masa akan datang.
Semoga kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku. -KedahNews.com