Belum pun panel-panel Hakim Istana Kehakiman di Putrajaya membuat sebarang keputusan, Naib Presiden PKR, Tian Chua awal-awal lagi sudah mengugut akan mengadakan perhimpunan mega di Dataran Merdeka jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuktikan bersalah.
Memetik laman pro-pembangkag, The Malaysian Insider, ugutan Tian
Chua itu dilakukan di depan kumpulan penyokong Anwar yang hadir di perkarangan Istana Kehakiman, semalam.
"Kalau petang ini berani mereka (panel-panel Hakim) hukum Anwar, hari Sabtu Ahad yang akan datang, kita himpun di Dataran Merdeka," kata Tian Chua mengugut panel-panel Hakim yang mendengar kes rayuan terakhir Anwar itu.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima Hakim
Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes liwat Ketua Umum PKR itu.
Empat anggota panel lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull
Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Kenyataan Tian Chua itu seolah-olah cuba mempengaruhi dan memberi tekanan kepada lima panel Hakim berkenaan untuk membuat keputusan berpihak kepada Anwar dan menidakkan keadilan berhubung kes yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.
Bagaimanapun, perbicaraan rayuan kes liwat II telah dilanjutkan ke hari ini bagi memberikan hak kepada pihak pembela mengemukakan hujah balas pada sesi yang
bersambung di sebelah petangnya. -KedahNews.com