KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem
kurang bersetuju dengan persepsi kononnya terdapat penglibatan 'orang
dalam' atau lebih dikenali sebagai 'cable' untuk memudahkan pemohon
mendapatkan jawatan dalam sektor awam.
Menurutnya, walaupun perkara itu ada kebenarannya, tetapi ia tidak semudah yang didakwa sesetengah pihak.
"Apa yang disebut 'its not that what you know, but whom you know' (bukan berkaitan apa yang anda tahu tetapi siapa yang anda kenali) untuk mendapatkan kerja itu memang ada kebenarannya.
"Tetapi kita harus ingat, untuk mendapat pekerjaaan khususnya dalam perkhidmatan awam, pemohon harus melalui temuduga oleh lebih seorang penemuduga dan kadang kala sehingga lima penemuduga terlibat," katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) yang menyuarakan kebimbangan kalangan graduan bahawa terdapat 'orang dalam' yang membantu memudahkan pemohon untuk mendapat jawatan dalam sektor awam.
Menurut Riot, kementerian akan terus memainkan peranan sebagai pemadan antara graduan dan majikan melalui pelbagai program seperti Program Penempatan Pekerjaan (3P) dan penjodohan pekerjaan melalui Pusat JobsMalaysia.
Pada 2012, terdapat 51,835 siswazah menganggur dan jumlah itu meningkat kepada 53,282 tahun lepas. - Bernama