ALOR SETAR - “Saya mula kerja di sekolah ini dan biarlah berhenti pun
di sekolah ini juga,” demikian kata Zakaria Hashim, 63, yang kini
bekerja sebagai tukang kebun hampir 36 tahun di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultanah Asma (SAS), di sini.
Menurut Zakaria atau lebih mesra dipanggil Pak Ya dikalangan pelajar dan kakitangan sekolah, dia merasa bangga kerana dapat berkhidmat di sekolah itu sejak 1978 dengan gaji permulaan RM195 pada masa itu.
Katanya, SAS mempunyai nilai istimewa dalam hidupnya kerana di situ dia mencurahkan tenaganya hinggalah ke hari ini.
“Selama bekerja dengan tujuh pengetua di sekolah ini, memang pelbagai ragam saya hadapi. Namun, semuanya beri kerjasama dan sentiasa terbuka menerima pendapat walaupun saya hanyalah seorang tukang kebun.
“Pada 1997 saya pernah diarah tukar ke sekolah lain tetapi pihak sekolah membuat rayuan supaya mengekalkan saya di sekolah ini. Peristiwa itu tidak dapat saya lupakan dan secara tidak langsung menunjukkan penat lelah saya selama ini diterima oleh pihak sekolah,” katanya yang pernah menerima Sijil Penghargaan Kehadiran Cemerlang iaitu tanpa mengambil cuti sakit dan cuti tahunan.
Pak Ya berkata, setiap pelajar di sekolah ini sudah dianggap sebagai anaknya dan dia sanggup memberi bantuan jika diperlukan.

"Saya tidak sangka, segala pengorbanan tidak pernah dilupakan. Saya
pernah ke hospital dan mendapati beberapa doktor di Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) adalah bekas pelajar di sekolah itu.
“Paling menyentuh hati, apabila mereka menegur saya ketika di hospital dan mereka tidak malu bertanya khabar walaupun saya hanya seorang tukang kebun," katanya.
Pada 2007, Zakaria menamatkan perkhidmatannya sebagai Pembantu Rendah Awam kerana berpencen. Bagaimanapun pihak sekolah masih tetap menawarkan pekerjaan kepadanya supaya dia meneruskan kerja menjaga kawasan di sekolah itu.
“Jasa paling tidak dapat dilupakan sejak berkhidmat di sekolah ini ialah menerima Anugerah Sekolah Dalam Taman 1990 dan kejayaan itu adalah kemenangan kepada seluruh kakitangan dan pelajar di SAS itu," katanya ketika mengimbau kenangan manis sepanjang berkhidmat di sekolah itu.

Sumber: Sinar Harian