Seorang wanita diikat pada sebatang kayu, dipanah sebelum dibakar hidup-hidup di sini, selepas dituduh mengamalkan sihir.
Wanita masyarakat orang asli itu, Adolfina Ocampos, 45, dibunuh
anggota etnik Mbya Guarani selepas ketua suku kaum itu menjatuhkan
hukuman mati ke atasnya.
Walaupun tarikh pembunuhan itu tidak jelas, ia berlaku di Tahehyi, 280 kilometer ke utara Asuncion, ibu negara Paraguay.
Pendakwa raya tempatan Fany Aguilera mendakwa sembilan lelaki
penduduk kampung berkenaan atas tuduhan membunuh dan mereka mengaku
membunuh wanita terbabit.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan
puluhan orang di seluruh dunia dibunuh kerana dituduh mengamalkan sihir
setiap tahun. – Agensi