Arkitek pembangunan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pihak Kerajaan mengkaji semula kaedah penstrukturan subsidi yang dianggap kurang efektif dan tidak praktikal untuk diguna pakai.
Mantan Perdana Menteri itu juga memberikan idea bagi memudahkan kaedah penstrukturan tersebut di mana rakyat Malaysia perlu membayar harga minyak seperti biasa dan membuat tuntutan subsidi secara bulanan.
Dakwa Tun M, kaedah penstrukturan pembahagian subsidi yang dicadangkan Kerajaan sebelum ini agak sukar dilaksanakan kerana terdapat sesetengah individu yang mempunyai pendapatan lebih namun tidak mengisytiharkannya kepada kerajaan atas alasan tertentu.
“Oleh itu, cara yang boleh dilakukan ialah semua pihak perlu membayar minyak pada harga penuh kemudiannya dapatkan resit yang sah dan membuat tuntutan subsidi berkenaan pada hujung bulan,” katanya memberikan idea secara spontan.
Jelas bapa Menteri Besar Kedah itu, rakyat Malaysia sudah tentu memiliki kad pengenalan diri yang akan memudahkan proses mengenal pasti latar belakang individu tersebut, dan golongan yang bukan warganegara Malaysia perlu membayar pada harga penuh.
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengurangkan subsidi dan ia perlu dilakukan secara bijaksana dengan tidak membebankan golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia.
“Namun begitu, sekiranya keputusan yang dilakukan itu tidak digemari rakyat, maka mungkin mereka boleh tewas dalam pilihan raya akan datang,” katanya meramal Barisan Nasional akan tewas jika membuat keputusan yang tidak menyebelahi rintihan rakyat.
Idea tersebut diutarakan beliau dalam satu sidang media ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Antarabangsa Sosial Sains dan Kemanusiaan 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. -KedahNews.com