Kita sekarang kembali ke Mekah, tahun ketujuh sebelum hijrah....
Ketika
itu Rasulullah SAW sedang susah kerana tindakan kaum Quraish yang
menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah
menyebabkan Baginda sentiasa harus bersabar.
Dalam suasana seperti itu,
tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan sinar yang
menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada beliau, “Ummu
Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.” Wajah Rasulullah berseri-seri
karena gembira menyambut berita tersebut.
Siapakah bayi itu? Sehingga, kelahirannya dapat mengubati hati
Rasulullah yang sedang berduka, berubah menjadi gembira?
Itulah dia,
Usamah bin Zaid...
Ibu Bapa Usamah
Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah SAW riang dengan
kelahiran bayi yang baru itu. Kerana mereka tahu tentang kedudukan kedua
orang tuanya di sisi Rasulullah.
Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi
yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”.
Ummu Aiman adalah bekas sahaya bonda Rasulullah, Aminah binti Wahab.
Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi bondanya masih
hidup. Dia juga yang merawat sesudah bondanya wafat. Kerana itu dalam
kehidupan Rasulullah SAW, baginda sering berdamping dengan Ummu Aiman sejak kecil.
Rasulullah SAW menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya
seorang anak kepada ibu. Baginda sering bersabda, “Ummu Aiman adalah
ibuku satu-satunya sesudah bonda yang mulia wafat, dan satu-satunya
keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung itu.
Adapun bapanya adalah sahabat kesayangan Rasulullah, Zaid bin Harithah.
Rasulullah SAW pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum beliau
memeluk Islam. Beliau juga merupakan salah seorang anggota keluarga dalam rumah
tangga baginda dan antara sahabat yang sangat dikasihi di kalangan umat Islam.
Kegembiraan Kaum Muslimin dan Sayangnya Rasulullah SAW pada Usamah
Kaum muslimin turut bergembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid,
melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu
bisa terjadi karena tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah juga
mereka sukai. Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi
yang sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb”
(kesayangan anak kesayangan).
Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi
itu dengap panggilan tersebut. Kerana Rasulullah SAW memang sangat
menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati.
Usamah
sebaya dengan cucu Rasulullah, Hasan bin Ali RA.. Hasan
berkulit putih tampan bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip
dengan datuknya. Usamah pula berkulit hitam, hidungnya pesek dan
sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi.
Namun, kasih sayang
Rasulullah kepada keduanya tidak berbeza. Baginda sering mengambil
Usamah, lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian, diambilnya pula
Hasan, dan diletakkannya di paha yang satunya lagi. Kemudian, kedua
anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya, seraya berkata, “Wahai
Allah, saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka!” Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah.
Pada suatu kali Usamah
tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah
menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah, tetapi tidak mampu
melakukannya.
Ekoran itu, baginda berdiri mendapatkan Usamah, lalu baginda SAW mengisap darah yang keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu, baginda memujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan hingga hatinya
merasa tenteram kembali.
Sebagaimana Rasulullah SAW menyayangi Usamah waktu kecil, tatkala sudah
besar baginda tetap menyayanginya.
Hakim bin Hazam, seorang pemimpin
Quraish, pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah. Hakam
membeli pakaian itu di Yaman dengan harga lima puluh dinar emas dari
Yazan, seorang pembesar Yaman.
Rasulullah enggan menerima hadiah dari
Hakam, sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu, pakaian itu dibeli oleh baginda dan hanya dipakainya sekali pada hari Jumaat. Pakaian itu
kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah senantiasa memakainya pagi dan
petang.
Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia
sudah kelihatan pada dirinya, yang memang pantas menjadikannya sebagai
kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai,
takwa dan wara'. Beliau sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.
Dikisahkan pada suatu hari, satu kecurian telah berlaku dimana pencurinya adalah seorang wanita ternama dari bangsa Quraish. Maka kaum
Quraish pun buntu dan tertanya apakah tindakan yang wajardiputuskan terhadap wanita
tersebut sedangkan hukuman untuk pencuri adalah potong tangan.
Kemudian
mereka ingin menanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW namun kerana risau, mereka terpaksa pendamkan terlebih dahulu. Hingga timbul idea di hati salah satu di antara mereka tentang
orang yang paling berani untuk menanyakan hal ini adalah Usamah, kerana
dialah orang yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Rasulullah SAW.
Dengan segera mereka menemuinya dan memintanya agar meminta
keringanan kepada Rasulullah SAW terhadap wanita tersebut. Ketika Usamah
menceritakan hal ini kepada Rasulullah, maka Baginda bersabda:
Janganlah engkau meminta keringanan dalam masalah hukum agama, sesungguhnya bangsa-bangsa terdahulu binasa karena hal itu, bila diantara mereka orang bangsawan mencuri maka mereka mengampuninya dan bila orang miskin yang mencuri maka ditegakkan hukum sebaik-baiknya dan sesungguhnya bila Fatimah Binti Muhammad mencuri niscaya saya akan memotong tangannya.
Usamah Dalam Perang Uhud
Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan
Rasulullah SAW bersama sekumpulan rakan sebayanya, putera-putera
para sahabat RA. Mereka menyuarakan keinginan untuk turut jihad fi sabilillah.
Sebagian mereka
diterima Rasulullah dan sebahagian lagi terpaksa ditolak kerana usia yang
sangat muda. Usamah bin Zaid termasuk kumpulan yang tidak
diterima. Beliau pulang sambil menangis. Menangis bukan kerana tersingkir dari Akademi Fanstasia, tapi keranasangat sedih tidak diperkenan turut berperang di bawah panji-panji Islam!
Usamah Dalam Perang Khandaq
Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan
remaja, putera para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah SAW
supaya kelihatan lebih tinggi, agar kali ini baginda memperkenankannya turut
berperang.
Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut
berperang. Karena itu, baginda mengizinkannya. Usamah pergi berperang
menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika itu beliau baru berusia lima
belas tahun.
Usamah Dalam Perang Hunain
Ketika terjadi Perang Hunain, tentera muslimin terdesak sehingga
barisannya menjadi kacau bilau. Tetapi, Usamah bin Zaid tetap bertahan
bersama-sama dengan Saiyyidina ‘Abbas RA (bapa saudara Rasulullah), Sufyan bin Harits RA dan enam orang sahabat lain.
Di tengah kelompok kecil ini, Rasulullah SAW telah bertindak dan mengembalikan kekalahan kepada menjadi kemenangan. Baginda berhasil menyelamatkan kaum
muslimin yang lari dari dikejar kaum musyrikin.
Usamah Dalam Perang Mu’tah
Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah panglima yang juga ayahnya,
Zaid bin Harithah RA. Ketika itu umurnya baharu sektar lapan belas tahun.
Usamah menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana ayahnya tewas di
medan tempur sebagai syuhada.
Namun, Usamah tidak gentar dan tidak pula
mundur. Bahkan, beliau terus bertempur dengan gigih di bawah panglima Islam, Jaafar
bin Abi Thalib RA hingga sepupu Rasulullah itu syahid di hadapan matanya pula.
Usamah sertai pula gerombolan di bawah panglima Abdullah bin Rawahah RA hingga pahlawan Islam itu gugur, menyusuli dua sahabatnya yang telah syahid.
Kemudian, panji-panji Islam telah
diambil alih oleh Khalid bin Walid RA. Usamah bertempur di bawah panglima Islam tersohor itu dan meskipun dengan jumlah tentara yang tinggal sedikit, kaum muslimin
akhirnya berjaya juga melepaskan diri dari cengkaman tentara Rom.
Selesai peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan
kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya disemadikan di bumi
Syam (Syria).
Perlantikan Usamah dalam Perang Melawan Romawi
Ketika Islam berjaya menguasai Tanah Arab. Begitu ramai yang tertarik hati memeluk agama Allah dan keluar berjihad bersama Rasulullah SAW.
Wajah-wajah kusut
yang semula diselimuti kabut kemusyrikan menjadi cerah disinari
pancaran cahaya Islam. Tidak ketinggalan juga Farwah bin Umar
Al-Judzami, pembesar Ma’an dan sekitarnya yang diangkat Kaisar
Romawi.
Mengetahui hal itu, para penguasa Romawi marah dan mereka segera
menangkap Farwah dan menyumbatnya ke penjara. Selanjutnya, ia
dibunuh dan kepalanya dipancung, lalu diletakkan di sebuah mata air
bernama Arfa’ di Palestin. Mayatnya disalib untuk menakut-nakutkan para
penduduk agar tidak mengikuti jejaknya.
Mendengar kejadian itu,
Saiyyidina Umar bin Khatthab RA segera menemui Rasulullah SAW. Baginda urang senang dengam berita itu lalu
bergegas keluar menemui para sahabat yang sedang
berkumpul di Masjid Nabawi. Setelah memuji Allah SWT dan mengucapkan
syukur, baginda bersabda:
“Wahai sekalian manusia, saya mendengar pembicaraan mengenai perlantikan Usamah, demi Allah, seandainya kalian sangsi kepemimpinannya, bererti kalian sangsi juga pada pimpinan ayahnya, Zaid bin Harithah.
Demi Allah, Zaid sangat sesuai memegang kepimpinan, begitu juga dengan puteranya, Usamah. Kalau ayahnya sangat saya kasihi, maka puteranya pun demikian. Mereka adalah orang yang baik. Hendaklah kalian memandang baik mereka berdua. Mereka juga adalah sebaik-baik manusia di antara kalian.”
Pada tahun ke-11 Hijrah, Rasulullah SAW menurunkan perintah agar
menyiapkan bala tentara untuk memerangi pasukan Rom. Dalam pasukan itu
terdapat antara lain Saiyyidina Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin ABi
Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat RA.
Rasulullah SAW turut mengangkat Usamah bin Zaid yang masih muda remaja menjadi
panglima seluruh pasukan yang akan berjihad. Ketika itu usia
Usamah masih belum melebihi 20 tahun. Baginda memerintahkan Usamah
supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum berhampiran Gazzah, termasuk
wilayah kekuasaan Rom.
Setelah itu, baginda SAW turun dari mimbar dan masuk ke rumahnya. Kaum
muslimin pun berkumpul untuk berangkat bersama pasukan Usamah dan ereka menemui Rasulullah SAW yang disaat itu dalam keadaan uzur.
Di antara
mereka terdapat Ummu Aiman, ibu Usamah. “Wahai Rasulullah bukankah lebih
baik, jika engkau biarkan Usamah menunggu sebentar di perkhemahannya
sehingga dirimu sihat. Jika terpaksa berangkat sekarang, tentu dia
tidak akan merasa tenang dalam perjalanannya,” ujarnya.
Namun Rasulullah
SAW menjawab, ‘Biarkan Usamah berangkat
sekarang juga.”
Kata Usamah, “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat, saya datang
menghadap baginda diikuti orang ramai, setelah saya masuk, saya dapati
beliau sedang diam tidak berkata-kata menahan sakitnya.
Tiba-tiba baginda mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya
tahu baginda memanggilku.”
Ketika Usamah mencium wajahnya, baginda SAW hanya berdiam diri dan
mengangkat kedua belah tangannya ke langit serta mengusap kepala
Usamah, mendoakan angkatan perang yang diketuainya.
Khalifah Abu Bakar atas Usul Penggantian Usamah
Usamah segera kembali ke pasukannya yang masih menunggu. Setelah
semuanya lengkap, mereka mulai bergerak. Belum pun jauh pasukan itu
meninggalkan Juraf, yang menjadi markas perkhemahan angkatan Islam, datanglah utusan dari Ummu
Aiman memberitahukan bahwa Rasulullah SAW telah
wafat!
Usamah segera memberhentikan pasukannya. Bersama Saiyyidina Umar bin
Khatthab RA dan Abu Ubaidah bin Jarrah RA, beliau segera menuju rumah Rasulullah.
Sementara itu, tentara kaum muslimin yang bermarkas di Juraf telah berpatah balik kembali ke Madinah.
Saiyyidina Abu Bakar Siddiq RA telah dipilih dan dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama. Khalifah Abu
Bakar meneruskan pengiriman tentara di bawah pimpinan Usamah bin Zaid,
sesuai dengan rencana yang telah digariskan Rasulullah SAW.
Namun
sekelompok kaum Ansar merayu supaya menangguhkan pemergian angkatan tentera dan meminta Sayyidina Umar bin Khattab RA memujuk Khalifah
Abu Bakar RA. Namun Khalifah Abu Bakar tetap bertegas mahu Usamah untuk kembali memimpin
pasukan, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah sebelumnya.
Tindakan
Khalifah tentu saja mendapat reaksi dari beberapa sahabat RA. Apalagi saat
itu beberapa kelompok kaum muslimin telah murtad dari agama Islam. Kota
Madinah memerlukan penjagaan yang agak ketat.
Kata mereka, “Jika khalifah tetap berkeras hendak meneruskan
pengiriman pasukan sebagaimana dikehendakinya, kami mengusulkan panglima
pasukan (Usamah) yang masih muda remaja ditukar dengan tokoh yang lebih
tua dan berpengalaman.”
Mendengar ucapan Saiyyidina Umar yang menyampaikan usul dari kaum Ansar itu,
Khalifah Abu Bakar bangun menghampiri Umar seraya berkata dengan marah, “Hai
putera Khattab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini
engkau menyuruhku membatalkan keputusan Rasululllah. Demi Allah, tidak
ada cara begitu!”
Abu Bakar juga berkata, “Demi jiwaku yang berada di tanganNya,
seandainya aku tahu akan dimakan binatang buas sekalipun, nescaya aku
akan tetap mengutus pasukan ini ke tujuannya. Aku yakin, mereka akan
kembali dengan selamat. Bukankah Rasulullah SAW
yang diberikan wahyu dari langit telah bersabda, “Berangkatkan segera
pasukan Usamah!’
Tatkala Umar kembali kepada orang ramai, mereka bertanyakan bagaimana
hasil pembicaraannya dengan Khalifah Abu Bakar tentang usul tersebut. Kata Umar,
“Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah, belaiu menolak dan
malahan saya kena marah. Saya dikatakan terlalu berani membatalkan keputusan
Rasulullah".
Maka pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan panglima
yang masih muda remaja, Usamah bin Zaid. Khalifah Abu Bakar turut
mengantarkannya berjalan kaki, sedangkan Usamah menunggang kenderaan.
Kata Usamah, “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan anda naik kendaraan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki.
Jawab Khalifah Abu Bakar, “Demi Allah! jangan turun! Demi Allah! Saya tidak mahu naik kenderaan!
"Biarlah kaki saya kotor, sementara menghantar
engkau berjuang fisabilillah! Saya utuskan kamu, agama kamu,
kesetiaan kamu dan kesudahan perjuangan kamu kepada Allah. Saya
berwasiat kepada kamu, laksanakan sebaik-baiknya segala perintah
Rasulullah kepadamu!”
Kemudian dibalas oleh Usamah dengan jawaban yang penuh makna, “Aku
menitipkan kepada Allah agamamu, amanatmu juga penghujung amalmu dan aku
berwasiat kepadamu untuk melaksanakan apa yang diperintahkan
Rasulullah.”
Kemudian, Khalifah Abu Bakar berbisik pada Usamah, katanya,
“Jika kamu setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia
tinggal untuk membantu saya. Usamah kemudian mengizinkannya.
Kemenangan Usamah
Usamah dan pasukannya terus bergerak dengan cepat meninggalkan
Madinah. Setelah melewati beberapa daearah yang masih tetap memeluk
Islam, akhirnya mereka tiba di Wadilqura. Usamah mengutus seorang
mata-mata dari suku Hani Adzrah bernama Huraith. Dia maju meninggalkan
pasukan hingga tiba di Ubna, tempat yang dituju.
Setelah berhasil
mendapatkan berita tentang keadaan daerah itu, dengan pantas dia kembali
menemui Usamah. Huraith menyampaikan maklumat bahawa penduduk Ubna belum
mengetahui tentang kedatangan mereka dan tidak bersiap siaga. Dia mengusul
agar pasukan bergerak secepat mungkin untuk melancarkan serangan sebelum
mereka menyedari kehadiran angkatan Islam.
Usamah bersetuju. Dengan cepat mereka bergerak.
Seperti yang direncanakan, pasukan Usamah berhasil mengalahkan lawannya.
Hanya selama 40 hari, kemudian mereka kembali ke Madinah
dengan sejumlah harta rampasan perang yang besar, tanpa seorang pun terkorban!
Usamah berhasil kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang.
Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang
diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu
pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh serta
berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin
Zaid.”
Kecintaan Kaum Muslimin Kepada Usamah
Usamah bin Zaid RA sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan
dicintai kaum muslimin. Kerana dia sentiasa mengikuti sunah
Rasulullah SAW dengan sempurna dan memuliakan peribadi baginda.
Khalifah Umar bin Khattab RA pernah diprotes oleh puteranya, Abdullah bin
Umar RA, kerana melebihkan Usamah dari Abdullah sebagai putera
Khalifah. Kata Abdullah bin Umar, “Wahai Bapa! Bapa memberikan
Usamah empat ribu dinar, sedangkan pada saya hanya tiga ribu dinar.
Jawab Khalifah Umar, “Bapanya lebih disayangi Rasulullah daripada bapa kamu. Dan, peribadi
Usamah lebih disayangi Rasulullah berbanding dirimu.” Mendengar keterangan
ayahnya, Abdullah bin Umar redha dan menerima hakikat itu sebagai adil, kena pada tempatnya.
Apabila bertemu dengan Usamah, Khalifah Umar menyapa dengan ucapan, “Marhaban
bi amiri!” (Selamat, wahai panglimaku?!) Jika ada orang yang hairan
dengan sapaan tersebut, Umar menjelaskan, “Rasulullah pernah mengangkat
Usamah menjadi panglima saya.”
Setelah menjalani hidupnya bersama para sahabat, Usamah bin Zaid
wafat tahun 53 H / 673 M di zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA.
Itulah sedikit sebanyak kisah seorang pemuda yang berani dalam membela
agama Allah tanpa mempedulikan sesuatu yang mengancam jiwanya. Dari
sinilah kita sebagai pemuda penyambung harapan bangsa dan agama wajar mencontohi seorang sahabat sehebat Usamah bin Zaid.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatNya kepada para sahabat
RA yang memiliki jiwa dan keperibadian yang agung.. Wallahu
a’lam. -KedahNews.com