Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain ‘menumpang’ anggota badan anda dan menjadikannya sebagai sarang?
Memang ngeri kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang
lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan
ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.
Kisah ngeri ini terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram
Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah
terdengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.
Selepas menjalani pemeriksaan, Yadav memberitahu pesakitnya itu
mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung
seseorang individu dicemari dengan larva lalat.
Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan
yang tercemar disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.
Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam
telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit
jika dia tidak mendapatkan rawatan.
Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur
melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar
telinga. Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat
tersebut.
Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota
tubuh sekerap mungkin. Jika tidak, mungkin spesies serangga berminat
nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’.
Sumber: Myenwshub.cc