Diberitakan, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Risna, 22 tahun hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya, Rais.
Ketika sesi bersalaman dengan pengantin, satu ‘drama’ berlangsung
apabila Risna dan Rais berpelukan dan bercucuran air mata. Ya, persis
tajuk lagi Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi Azie tau!
Hari ini, rakaman video majlis perkahwinan tersebut yang berdurasi 1.29 minit pula menjadi viral di laman sosial dan Youtube.
Ketika kedua-dua mempelai sedang bersalaman dengan para jemputan,
tiba-tiba sang mantan kekasih, Risna muncul. Situasi pada awalnya
terkawal apabila dia bersalaman dengan pengantin perempuan.
Namun, senario bertukar 360 darjah apabila dia berhadapan dengan
Rais. Ketika sedang bersalaman, secara tiba-tiba Risna memeluk Rais dan
hadirin termasuk pengantin perempuan kelihatan mengalirkan air mata.
Tertanya-tanya juga, apa yang ditangisi mereka? Adakah simpati
terhadap pengantin perempuan yang diperlakukan sedemikian rupa ketika
hari persandingannya, atau kisah percintaan tak kesampaian antara Risna
dan Rais?
Menurut sumber, lamaran yang dibawa keluarga Rais ditolak dengan pelbagai alasan oleh keluarga Risna, mengakibatkan cinta mereka terhalang. Kesian kan?
Cuba bayangkan kalau kes seperti ini terjadi di Malaysia?
Rasa-rasanya ada tak adegan tarik tudung antara pengantin perempuan dan
bekas teman wanita?