Sama ada ini kejadian raging atau pergaduhan disebabkan sesuatu
perkara tak dapat dipastikan, tapi yang nyata perbuatan buli di asrama
negara ini rupa-rupanya masih ada.
Inilah yang terbongkar menerusi sebuah video yang kini viral di laman sosial.
Paling melampau, pelajar yang dibuli dalam rakaman ini dibelasah
beramai-ramai terutama oleh salah seorang pelajar yang memakai singlet
hitam.
Dengan lagak ala-ala Wong Fei-Hung kemain lagi pelajar bersinglet hitam tersebut membelasah beberapa pelajar lain yang langsung tak melawan, barangkali kerana geng si singlet hitam pun ramai di situ.
Diharapkan dengan penyebaran video ini, pelajar terlibat dapat dikenalpasti dan diberi hukuman yang setimpal.
Kita tidak mahu budaya raging kembali popular di asrama dan sekolah sebagai mana pernah berlaku satu masa dulu.
Paling ditakuti, kejadian pelajar maut gara-gara raging yang sudah lama tak kedengaran kembali dilaporkan.