Sebagai seorang anak, rasanya berkemungkinan besar kita akan meluru pada ibu kita dan memeluknya sepuas hati sambil memohon ampun atas dosa-dosa kita sejurus selepas menonton video pendek ini.
Benarlah, mungkin Islam tidak mewajibkan umatnya membalas jasa ibu masing-masing.
Namun jelas bahawa walau hanya mengguris hati ibu dengan perkataan "uhh" sekalipun, ia mampu meletakkan kita sebagai salah seorang penderhaka dan melakukan dosa besar, bukan?
Seteruk mana, sejahat mana atau sejijik mana pun sekali wanita itu, dia tetap ibu yang mengandung dan bersabung nyawa melahirkan kita ke dunia ini.
Kerana dialah maka kita berada di mana kita sekarang dan menikmati suka duka hidup perjalanan seorang hamba Allah di dunia sementara menanti tiba ajal kita ke dunia akhirat yang lebih kekal abadi.
Namun sejauh manakah kita menjaga hati dan perasaan ibu kita? Tepuk dada dan tanyalah hati kecil anda.
Sila tonton video di bawah. Semoga kita hargai ibu kita sebelum terlambat...
Post by Kedahnews.com.