Pihak berkuasa dilapor telah mengesahkan mengenai seorang lelaki yang menyamar sebagai "Inspektor Vijay" yang
ditahan di Bayan Baru pada Sabtu lalu telah mengikis wang dua wanita
membabitkan kerugian bernilai RM28,000.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 25 tahun itu menyamar sebagai pegawai polis sejak setahun lalu.
Beliau berkata, siasatan mendapati sepanjang tempoh itu lima wanita sudah menjadi mangsa penipuannya selain menjadi tempat pemuas nafsu sebelum diugut untuk menyebarkan video seks mereka bagi mendapatkan wang.
"Kelicikan suspek akhirnya terbongkar apabila dia diberkas polis selain menemui pelbagai barangan termasuk uniform polis, wang tunai RM1,205 dan telefon bimbit.
"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan meminta mana-mana wanita yang pernah menjadi mangsa tampil membuat laporan polis," katanya.