Viva Dalam Terusan Sawah Cetus Persoalan

 
ALOR SETAR - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai terjunam ke dalam terusan di Jalan Stargate, dekat sini, hari ini, menimbulkan tanda tanya kepada pengguna jalan raya di kawasan itu.
 
Kenderaan berwarna putih itu tenggelam dan hanya ternampak bahagian bumbung.
 
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi semalam akibat jalan yang licin selepas hujan.
 
Menurut sumber, bomba menerima maklumat awal sekitar jam 7.20 pagi tadi dan enam anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
 
Bagaimanapun, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja mendapati tiada sebarang kecederaan dan difahamkan mangsa berjaya menyelamatkan diri.
 
"Apabila tiba di tempat kejadian, kami dapati semuanya selamat dan diberitahu mangsa sempat menyelamatkan diri," katanya.
 
Sumber: Sinar Harian