SEBUAH kafe di Australia, Seven Mile Beach menggunakan cara yang unik
dalam usaha untuk menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat yang
semakin pupus dari hari ke sehari.
Mereka meletakkan papan tanda di hadapan kedai mengatakan hanya
sebanyak $4.00 akan dikenakan sekiranya pelanggan mengemukakan pesanan
dengan berkata, “good morning, a coffe please” dan $4.50 jika pelanggan
mengungkapkan frasa “a coffee please”.
Namun, $5.00 bakal dikenakan bagi secawan kopi jika mereka
mengungkapkan “a coffee” sahaja.
Tujuan utama pemiliknya, Kev Chilver dan Kylie Pickett berbuat
demikian adalah untuk menggalakkan sikap berbudi bahasa yang semakin
terhakis di kalangan masyarakat masa kini.
Mereka mengaplikasikan cara pemasaran sebegitu ketika salah seorang
pekerja pernah melihat papan tanda seperti itu di sebuah kafe lain yang
sekali gus memberi idea kepada pasangan suami isteri ini untuk
mempratikkannya pula di premis perniagaan mereka.
Sumber asal: Mynewshub.cc