Sudah pasti ramai kaki wayang yang ternanti-nanti sambungan filem blockbuster Fast and Furious, lebih-lebih lagi peminat sukan kereta.
Kini hampir pasti, Fast and Furious 7 akan memasuki panggung
dengan barisan pelakon-pelakon asal filem ini sejak mula, termasuklah
mendiang Paul Walker, 3 April tahun hadapan.
Filem yang dah pasti mencatat kutipan pecah panggung ini bakal tampil
dengan kisah adik kepada Owen Shaw, Ian Shaw ingin membalas dendam ke
atas kematian abangnya.
Antara aspek paling menarik tentang filem kali ini adalah dengan
kemunculan semula adegan lumba haram di bandaraya Los Angeles yang
digelar Race Wars.
Adegan Race Wars dalam Fast and Furious 7 ini telah disahkan oleh
pelakon utamanya sendiri, Vin Diesel yang lebih dikenali sebagai Dominic
Toretto dalam filem tersebut.
Diesel yang turut gembira dengan adegan ini, malah memuat naik gambar-gambar Race Wars dari filem ke laman Facebook miliknya.
Pelakon aksi lasak ini berkata, dia amat berterima kasih kepada
produksi filem kerana memberi peluang untuk Fast and Furious kali
ini mengembalikan semula nadi adegan filem asalnya.
Saksikan klip trailer Furious 7 yang memang "awesome" di bawah!
Saksikan klip trailer Furious 7 yang memang "awesome" di bawah!
Sumber: Facebook Vin Diesel
Sumber: Mynewshub.cc