Populariti patung Barbie tidak perlu diperkenalkan lagi, malah permainan ini jadi kegilaan kanak-kanak perempuan seluruh dunia.
Kehidupan ala-ala Barbie menjadi impian bukan sahaja pada kanak-kanak
malah ada kes wanita dewasa sanggup melakukan pembedahan plastik agar
wajahnya persis patung idaman itu.
Kini, sebuah hotel di Argentina iaitu Hilton Buenos Aires bakal merealisasikan impian untuk memasuki dunia fantasi Barbie.
Bilik hotel ini dipenuhi dengan warna merah jambu, dengan segala aksesori dan perabot sebiji seakan-akan rumah permainan Barbie.
Hotel ini berjaya mempromosikan bilik penginapan Barbie hingga begitu
ramai yang tertarik dan mahu merasai sendiri pengalaman menginap di
sini.
Peminat Barbie diberikan pilihan menginap di bilik ‘Dreamhouse
Barbie‘, yang pertama seumpamanya di dunia dengan bayaran RM600 semalam
hingga RM1500 semalam pada waktu puncak.
Lebih menarik, bilik Barbie turut dihubungkan dengan bilik biasa khas untuk ibu bapa yang mahukan privasi.
Baru sahaja dibuka September lalu, bilik Barbie hotel ini telah ditempah sepenuhnya hingga awal 2015.
Sumber: Mynewshub.cc