Ketika di perhentian bas, anda pasti akan berasa sedikit bosan
disebabkan kelewatan pengangkutan awam ini yang kadang-kala memakan masa
lebih dari setengah jam waktu menunggu.
Lain pula ceritanya di London, Syarikat minuman terkenal Pepsi telah
memberikan kejutan ‘istimewa’ bagi pengguna yang menggunakan pondok
perhentian bas terpilihnya.
Bagi mempromosikan kempen minuman terbaru mereka, Pepsi menggunakan
efek kesan khas pada cermin sisi pondok berkenaan yang menjadikan ia
sangat luar biasa.
Pengguna yang sedang menunggu bas pasti akan merasai pengalaman
paling terperanjat apabila imej-imej yang dihasilkan sangat realistik.
Makhluk asing UFO, robot besar, binatang ganas dan ganjil serta
pelbagai lagi imej yang bakal membuat penggunanya ‘terkejut beruk’.
Saksikan sendiri apa yang begitu mengagumkan dengan pondok perhentian bas sebegini.
Kami di Malaysia berasa begitu cemburu!
Sumber: Mynewshub.cc