Zizan Beli Rumah Jutaan Ringgit Untuk Emma Maembong?

Korang semua tahu kan Zizan Razak sekarang tengah hangat bercinta dengan Emma Maembong.., cerita yang Miss A nak cerita kat korang ni pun hangat jugak tau..

Baru-baru ni Miss A ada terdengar yang Zizan nak beli rumah.., dan rumah yang dia nak beli ni Miss A rasa bukan rumah biasa jee.. Rumah mewah tau..

Sebelum ni, kita pun tahu yang Zizan telah menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah di Terengganu. Haa.. ni nak beli rumah nak hadiah kat siapa pulak? Untuk Emma sebagai hadiah kahwin ke?


Gosip ini timbul kerana terdapat screenshot perbualan WhatsApp Voicemail milik seorang agen hartanah. Perbualan antara Zizan dan agen tersebut mengenai pembelian sebuah rumah.

Yang paling penting kebanyakan rumah yang dijual oleh agen tersebut boleh dikategorikan sebagai rumah mewah tau..

Apapun, jika perkara ini betul, memang beruntung sungguh Emma sekiranya ditakdirkan menjadi isteri si Zizang ni.. -Miss A/UtaraNews.com