Pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem, Zizan Nin meluahkan rasa kurang senang mengenai sikap artis baru yang lebih gemar berselfie berbanding menghayati watak masing-masing yang bakal dilakonkan.
Menurut Zizan, sikap "gila" selfie itu dikatakan mengganggu konsentrasi pelakon lain dan menunjukkan perangai sebenar artis baru yang tidak menghormati pelakon-pelakon lain khususnya yang lebih senior di lokasi penggambaran.
"Saya gembira dengan kemunculan hero-hero baru dalam industri, namun ada
segelintirnya yang saya tidak suka kerana kurang fokus ketika di
lokasi.
"Pelakon lain sibuk menghayati watak tetapi segelintir pelakon lain pula suka sangat berselfie. Selalunya saya akan tegur sahaja perangai begitu supaya mereka jaga tingkah laku ketika di lokasi," tegur Zizan mengenai komitmen pelakon baru zaman sekarang.

Zizan merangkul pengiktirafan dari industri hiburan tanahair menerusi filem Tanda Putera pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung baru-baru ini.
Lebih menjengkelkan Zizan, beberapa artis baharu hanya "menjual" kejelitaan dan ketampanan wajah masing-masing namun tidak serius menumpukan fokus terhadap lakonan dan sering menimbulkan masalah disiplin yang memalukan.
"Ada segelintir pelakon yang suka main-main dan tidak berdisiplin. Bagi
saya tidak guna wajah yang cantik dan tampan kalau tiada disiplin.
"Mereka seolah-olah tidak malu jika berlaku kesalahan atau gagal membawakan watak dengan baik dihadapan pelakon lama," keluh Zizan menerusi pemerhatiannya di lokasi penggambaran.
"Mereka seolah-olah tidak malu jika berlaku kesalahan atau gagal membawakan watak dengan baik dihadapan pelakon lama," keluh Zizan menerusi pemerhatiannya di lokasi penggambaran.
Keluhan dan teguran Zizan itu dinyatakan ketika dia diminta mengulas oleh media mengenai kebanjiran ramai pelakon baharu dalam industri hiburan tanahair, baru-baru ini.
Meskipun tidak semua pelakon baharu itu bersikap sebagaimana yang dinyatakan Zizan, KedahNews.com yakin wujud segelintir dari mereka yang memandang mudah karier anak seni yang diceburi.
Mungkin disebabkan itu kemunculan sesetengah artis baharu itu boleh diibaratkan seperti biskut "chipsmore", sekejap ada, sekejap tak ada, kan? Apa-apa pun, majulah industri hiburan tanahair kita ke arah yang lebih baik dan bertepatan dengan konsep Islam. - KedahNews.com