10 Fakta Menarik Pemain Kacak No 7 Thailand, Charyl Chappuis!


hndome

Tahukah anda, di kalangan para gadis yang menonton final pertama Malaysia lawan Thailand semalam, ada misi lebih utama selain mahu lihat Harimau Malaya beraksi.

Ia adalah menyaksikan pemain nombor 7 pihak lawan, Charyl Chappuis yang handsome!

Sehubungan itu, kami paparkan di sini 10 fakta menarik untuk anda terutamanya kaum hawa yang menggilai Charyl, sebagaimana disiarkan oleh portal OHBULAN!

Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia

Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti. Disebabkan Chappuis ini handsome jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan penyokong wanita harimau malaya.

golpui

Berdarah Kacukan Mat Salleh

Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand. Patutlah muka ada iras mat salleh kan?

puii

Pahit Untuk Ditelan, Chappuis Gay?

Berdasarkan foto di bawah boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia  seorang gay? Tidak! Itu adik dia. Haha

adikke

Maaf Hati Saya Sudah Dimiliki – Chappuis

Buat gadis-gadis di luar sana, lupakan hasrat korang untuk memikat hati Chappuis sebab dia dah ada girlfriend! Orang putih lagi tau!

gffpui

Kecil-Kecil Lagi Dah Power

Percaya atau tidak, Chappuis pernah mewakili pasukan Switzerland semasa remaja dan memenangi Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun. Memang power dia ini.

u17

230 Ribu Followers Instagram

Pemain Thailand ini mempunyai 230 ribu followers Instagram setakat ini. Pemain Malaysia ada ke macam ini? Berapa orang followers Mat Yo?

instapui

Fanclub Facebook

Terdapat banyak fanclub di Facebook yang menggunakan nama Chappuis. Rupanya memang ramai peminat mamat ini. Gadis-gadis Malaysia je yang baru perasan.

puiiiiiiiiiipuiiiiii

Muka Iras Cristiano Ronaldo!

Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.

irasss

Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab

Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand. Ingatkan muka je handsome, main bola pun power!

powerpui

Impian Bermain Dengan Barcelona

Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappui mendedahkan keingina
nnya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.
Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil.
barcapui

Sumber:  Ohbulan