“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah Al Furqan, 74)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari
daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”
Semoga kita mendapat manfaat dari pengkongsian ini..
10 Tips Mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah :
1. Untuk mendapat anak
yang soleh\solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri
mereka dahulu sebelum berkahwin lagi.. Oleh itu sesiapa yang telah
memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah
kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan ke atas seorang
muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah
mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah
bermula ketika zaman bujang lagi).
2. Pilih pasangan yang faham agama dan berakhlak mulia
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat,kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,nescaya kamu berbahagia.”
(Hadith ini telah direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain)
Secara terang Rasulullah s.a.w telah
mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai
isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan
agama.Ulama berpendapat hadith ini juga terpakai buat wanita dalam
memilih pasangan hidup.
Untuk mendapatkan pasangan yang
beragama\soleh maka anda perlu solehkan diri anda terlebih dahulu.
Bila
anda soleh inshaAllah anda akan mendapat jodoh yang solehah. Demikian
sebaliknya, bila anda seorang yang solehah, maka Allah akan jodohkan anda
dengan seorang lelaki yang soleh. Jangan lupa selalu minta pada
Allah agar menjodohkan anda dengan pasangan yang
beragama, soleh dan berakhlak.
3. Sebelum
berkahwin, jaga batasan syarak antara anda dengan bakal suami atau isteri
anda. Elakkan dari berjumpa, kerana bila berjumpa anda akan betentang
mata, bila bertentang mata anda akan mula berpegang tangan dan seterusnya
anda terdedah untuk melakukan muqaddimah zina dan selepas itu mungkin
akan “terlajak”.
Kesannya,keberkatan perkahwinan anda semakin berkurang atau langsung
tidak mendapat berkat..dan “perbuatan” anda dengan pasangan anda sebelum
berkahwin itu juga akan mempengaruhi zuriat anda nanti.Oleh itu jangan
hairan jika anak-anak anda juga “bermasalah”
4. Ketika nak melakukan
persetubuhan baca doa yang Nabi ajarkan supaya Syaitan tidak masuk
campur ketika hubungan jenis sedang berlangsung dan jika Allah rezekikan
anak hasil dari persetubuhan tersebut.
Syaitan tidak akan dapat
mengganggu anak anda. Bila syaitan tak boleh ganggu, takde la anak
berperangai macam syaitanm kan? Sebenarnya ramai anak-anak yang “bermasalah”
disebabkan ibu bapa tidak membaca doa ketika bersetubuh..
Doa tersebut ialah:
اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya :“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah Syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami”
5. Ketika isteri mengandung lakukan seperti berikut:
Suami hendaklah membaca al-Quran dengan
meletakkan mashaf di perut isteri..Lakukan setiap hari sehinggalah
isteri bersalin. Kemudian suami berdoa dan isteri aminkan.
Surah apa nak
baca? Berapa ayat? Terpulang nak baca surah apa dan berapa ayat sekali
baca..setengah orang baca surah Maryam,yusuf dan lokman.
Tidak
kisahlah surah apa dan berapa ayat, yang penting lakukannya secara
istiqamah sebagai rutin harian. Kalau suami mampu sehari setengah muka
surat pun dah okey. Lebih bagus khatamkan. Dapat khatamkan sebelum isteri
bersalin itu lebih baik..
Isteri perlu melazimi
mendengar tilawah al Quran dan ceramah-ceramah agama. Elakkan dari
menonton drama-drama atau filem yang lagha dan berkata sesuatu yang boleh
membawa dosa.
Suami isteri mesti
selalu bercakap perkara-perkara yang baik dengan anak dalam
kandungan. Contoh bagi salam kepadanya. Bila nak solat, isteri atau suami
pegang perut isteri katakan kepada anak jom solat dengan mama dan
papa, "jadi hamba Allah yang bertakwa ye", "jangan tinggal solat tau",
“jangan sesekali mensyirikkan Allah” dan “jadi anak yang baik tau”. Bila
nampak ada orang merokok, pesan kepada anak dalam kandungan bila dah
dewasa nanti jangan sesekali merokok..
6. Bila anak telah dilahirkan :
Suami hendaklan azankan ditelinga anaknya..
Diriwayatkan bekas hamba Rasulullah SAW , baginda bersabda:
“Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan,seperti azan solat di telinga al-Hasan bin Ali,ketika Fatimah radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud,at-Tirmizi,al-Baihaqi dalam al-Kubro dan ath-Thabrani dalam al-Kabir dan Abdur-Razzaq dll dikalangan hufaz..
Beri anak nama-nama yang baik.
Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a. bahawa
Nabi s.a.w. bersabda:
“Namailah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi.Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman,dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam,sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i.)
Sanad Hadis ini majhul,namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang lain.Lihat: Jami’ al-Ushul 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)
Dari Abu Basrah,Nabi s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.Lihat: Sahih Jami’no.3269)
Ibu bapa jangan hanya fikir nak beri
nama-nama yang sedap tapi maknanya tidak tahu atau tidak memberi makna
yang baik dan jika nak panggil anak dengan nama-nama timbangan (nama
manja) pastikan nama itu juga tidak membawa maksud yang tidak
elok.
Contoh:1) Mamat:biasanya Mamat cuma nama panggilan atau nama manja,nama penuhnya adalah Muhammad..Tahukah anda bahawa Mamat bermaksud mati..Kasihan kat budak tu..elok-elok namanya Muhammad nama Rasulullah dan ia bermaksud yang terpuji dipendekkan Mamat(mati)2) Atan:biasanya Atan cuma nama panggilan atau nama manja..Tahukah anda Atan bermaksud keldai betina.3) Tiz Zakiyah..Tiz=buah zakar(klu arab mesir tiz bermaksud ponggong)..zakiyah=bijak..Maka Tiz Zakiyah bermaksud buah zakar yang bijak.Syeikh Dr.Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan:“Kunyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706,oleh Sheikh Dr.Bakr)
Ibu bapa juga hendaklah menjauhi dari
memberikan nama kepada anak dengan nama-nama yang khusus bagi Allah
seperti al-Ahad (yang Esa),al-Kholiq (yang Maha Pencipta), dan
seumpamanya.
Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Dari Abu Musa r.a katanya:
“Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Melakukan akikah
Kata Imam Ahmad bin Hanbal:
“Sesungguhnya akikah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.”
Pernah orang mengadu kepada al Fadhil Dr
Haron Din masalah anaknya yang asyik menangis. Ustaz Haron Din
bertanya kepada orang tu sudahkah dibuat akikah untuk anaknya. Orang tu
menjawab belum dan ustaz haron Din minta dia buat akikah untuk
anaknya.
Subhanallah, menakjubkan bila sudah melakukan akikah anaknya pun ok, dah tak nangis-nangis lagi.
Mencukur rambut bayi.
Selain akikah,disunatkan juga mencukur keseluruhan rambut si anak.
Rambut yang tumbuh di kepala bayi dari
dalam kandungan ibu boleh menyebabkan bayi itu nanti menjadi
bebal, sebab itulah rambut itu mesti dicukur..itu antara hikmah
disunnahkan mencukur rambut bayi yang baru lahir, wallahu’alam saya
belum menemui lagi fakta ini di dalam nas-nas sohih, cuma saya pernah
dengar dari seorang ustaz..
“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh,lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmizi.Disahihkan oleh al-Albani.)
Selain melaksanakan ‘aqiqah, disunnahkan untuk mencukur keseluruhan rambut si anak sebagaimana hadis di atas.
Rambut yang telah dicukur,disunnahkan
juga untuk menimbangnya dan kemudian mengeluarkan sedekah berdasarkan
kiraan berat rambut yang ditimbang dengan beberapa keping perak.Iaitu
menukarkan berat rambut dengan berat perak.
7. Bila menyusukan anak mulakan dengan bismillah dan pastikan anda menghadap ke arah kiblat dan anda dalam keadaan suci dari hadas(berwuduk)melainkan ketika uzur.Imam Malik meriwayatkan, puteri Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahra menimbang rambut Hasan, Husein, Zainab dan Ummi Kaltsum dan mengeluarkan sedekah mengikut kiraan berat rambut yang ditimbang dengan (nilai) perak.” (al-Muwattha’,Kitab Aqiqah (26),no.2)
8. Jika anak anda ada
buat salah jangan sesekali anda menghemburkan kata-kata yang tidak baik
kepada mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan itu satu kesilapan
yang besar.Contoh “Bodoh sangat kenapa” “Jahat la Along ni,nape buat
adik”..Bimbang kata-kata itu benar-benar jadi kenyataan..maka anak itu
betul-betul jadi bodoh..betul-betul jahat.
9. Doakan kebaikkan
buat anak-anak anda setiap hari..Kalu setiap kali lepas solat itu lebih
baik..Doa dari ibu dan bapa pasti Allah makbulkan cuma cepat atau lambat
sahaja.percayalah Allah tidak akan mensia-siakan doa anda..DIA pasti
mustajabkan doa anda..percayalah..Doa ibu bapa itu sangat sangat
power.
Oleh itu jika anak-anak anda bermasaalah, terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit,terlibat dengan
kumpulan-kumpulan atau geng-geng yang tidak bermoral,kaki gaduh,melawan
cakap anda,tidak mahu solat dll maka teruskanlah berdoa..dan doa dan doa
agar mereka diberi hidayah oleh Allah.
Agar mereka menjadi anak yang
soleh. Jangan pernah berputus asa dalam mengharapkan apa yang anda
harapkan dari Allah, di samping beri nasihat kepada mereka dan jaga lidah
anda dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka. Secara
peribadi, ramai yang telah saya lihat anak-anak yang dahulunya seperti
yang disebutkan tadi mereka berubah berkat kesabaran dan doa ibu bapa
yang tidak putus-putus..
10. Beri makan dan minum kepada anak-anak dari sumber rezeki yang halal dan baik..
Antara faktor anak-anak bermasaalah dan
melawan cakap ibu bapa adalah kerana darah daging mereka telah sebati
dengan makan dan minum dari hasil yang haram atau syubhah yang disuapkan
ibu bapa mereka..