SEBUAH stesen radio di Chile tampil membuat permohonan maaf di atas
keterlanjuran seorang juruhebah mereka, DJ Paul Hip.
DJ tersebut dikatakan bertindak di
luar batasan apabila membiarkan aksi punggungnya dijilat oleh seorang
pendengar wanita, baru-baru ini.
Cabaran itu dilakukan oleh pendengar wanita itu sekiranya dia ingin
memenangi pas masuk ke sebuah festival muzik yang dianjurkan oleh stesen
tersebut.
Gambar pendengar itu menjilat punggung Hip yang diletakkan krim putar
kemudiannya menjadi viral di Internet.
Penyebaran gambar tersebut yang memalukan telah memaksa pihak pengurusan
radio membuat permohonan maaf berhubung insiden terbabit. -KedahNews.com