Artis Janda Ditangkap Khalwat Yakin Kekasih Akan Nikah Dengannya...


Kadang-kadang rasa hendak tergelak membaca kenyataan pelakon Putri Mardiana yang ditangkap khalwat dengan kekasih hatinya, Sharizam Abdullah atau Ejump, baru-baru ini.

Memetik Sinar Harian, dia memberitahu hubungannya dengan lelaki itu hanya benar-benar serius sebulan yang lalu walaupun sudah lama berkenalan.

Menurutnya lagi, Ejump satu-satunya lelaki yang bersungguh-sungguh menerima dirinya dan anak-anak.

“Malah keyakinannya ingin menjadikan saya isteri membuatkan saya lebih bersedia menerimanya,” ujarnya.

Wah, ‘bertanggungjawab’ sungguh kekasih Putri Mardiana ni ye!

Tapi, rasanya lebih baik tanggungjawab itu dilunaskan pada mereka yang lebih berhak iaitu isteri dan anaknya.

Menerusi program Melodi hari ini, wartawan telah menemubual wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai isteri Ejump dan memberitahu suaminya sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa wanita lain sebelum bersama pelakon itu.

Dia turut mengesahkan Ejump masih belum menceraikannya sekaligus bercanggah dengan dakwaan Putri Mardiana.

Dengan nada sinis, wanita itu meminta Putri Mardiana agar menasihatkan suaminya itu untuk melepaskannya jika mahu terus bersama dengan kekasih hatinya itu.

Hai, kalau sudah tiada cinta di hati, buat apa mahu digantung lagi hingga menyeksa jiwa si isteri?

Lagipun sang pengganti sudah sedia menanti, tak gitu? 

 Di bawah pula merupakan "kisah cinta" Putri Mardiana sebelum ini yang terputus dengan Anol... 

 












Sumber: Mynewshub.cc