Hebat atau tidak, seorang pelakon berstatus janda yang dilaporkan telah dicekup khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini selamba menjemput anggota jabatan agama itu untuk minum di rumahnya.
Putri Mardiana, 33, yang mengaku secara terbuka diserbu JAIS bersama teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau "Ejump" di rumah pelakon itu mendakwa mereka tidak takut dengan serbuan tersebut kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Katanya, Ejump hanya masuk ke dalam rumahnya sebentar untuk minum sekadar menghilangkan haus dan ketika itulah mereka diserbu beberapa anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan
Agama berkenaan.
“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka
pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika
itu kami tidak buat apa-apa,” jelasnya yang dipetik dari sebuah media online baru-baru ini.
Mardiana turut mendakwa kes cekup khalwatnya itu mempunyai hubung kait dengan bekas teman lelakinya di mana dia percaya mereka telah diperangkap oleh
bekas teman lelakinya itu yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaan pasangan tersebut.
Ditanya mengenai status Ejump yang dikatakan "suami orang" sebelum ini,
pelakon itu memberitahu bahawa teman lelakinya itu telahpun selesai prosiding
perceraian di mahkamah semalam.
“Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan
selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding
perceraiannya itu.
“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau
tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun
depan.
“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.
“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang
perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman
lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas
isteri Ejump.
“Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki
saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat
aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” katanya lagi.
Putri Mardiana sebelum ini pernah popular dengan filem Ngangkung.
Soalnya, apakah kerana dahagakan segelas air maka Ejump bebas keluar masuk ke dalam rumah teman wanitanya tanpa sebarang ikatan yang sah?
Meskipun tidak melakukan sebarang perlakuan yang menjurus ke arah zina, apakah tindakan pasangan itu tidak mengundang fitnah di kalangan orang ramai?
Mungkin terlalu mengambil mudah dan terikut-ikut dengan pengaruh budaya hollywood maka artis-artis beragama Islam di negara kita merasakan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dari sudut hukum hakam agama?
Entahlah. Mungkin inilah dunia umat Islam di akhir zaman. Tak gitu Nora Danish dan Nedim? -KedahNews.com