Banjir: Gambar Posing "Istimewa" Mat Sabu Viral Di Laman Sosial!


Gambar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas sedang viral, hangat diperkata di laman-laman sosial warga netizen di seluruh negara.

Apa yang menarik pada gambar berkenaan? 

Gambar berkenaan dikatakan telah dirakam ketika Timbalan Presiden PAS itu berkunjung ke Kelantan bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu.

Menariknya ialah pada paras air banjir ketika gambar tersebut dirakam.

Cuba perhatikan paras air berada di paras dada Mat Sabu, sedangkan ia sepatutnya berada di paras paha bagi golongan dewasa normal yang berdiri di sebelahnya.

Soalnya, apakah Mat Sabu tidak normal? 

Kedahnews.com berpandangan Mat Sabu adalah normal, namun dia sengaja berbuat demikian untuk menarik perhatian orang ramai terhadapnya.

Pandai Mat Sabu tarik perhatian, kan?

Harapnya Mat Sabu akan berjaya menarik perhatian DAP selepas ini untuk setuju melaksanakan hukum hudud di Kelantan nanti...