Basikal Sama Harga Nilai Sebuah Kereta Mewah!


London – Sebuah basikal bersadur emas ditawar untuk dijual dengan harga RM1.4 juta.

Syarikat barangan mewah Goldgenie.com menawar menjual basikal yang disadurkan dengan emas 24 karat itu di Internet.

Goldgenie.com yang sebelum ini terkenal kerana menghasilkan ‘perumah’ untuk telefon pintar dan tablet, menyadur seluruh basikal lumba itu dengan emas, termasuk pemegangnya dan setiap bucu rantai gear.

Ia turut dihiasai dengan berlian di beberapa tempat.

Basikal berkenaan turut dilengkapi dengan edisi terhad tempat duduk San Marco dan tayar lumba SR4.

Harga basikal itu mengalahkan kos membeli sebuah Ferrari dan juga lebih mahal daripada kos purata untuk membeli rumah di Britain bulan lalu. – Agensi