Mentang-mentanglah berkereta, dilanggarnya motorsikal tanpa ada sedikit pun rasa bersalah atau timbul rasa tolak ansur.
Gelagat pembuli dan aksi kurang ajar ini semakin berleluasa berlaku di jalan-jalanraya di seluruh negara.
Terkini, satu rakaman video memaparkan sebuah motorsikal dilanggar sebuah kenderaan gara-gara berebut pam minyak di sebuah stesen petrol.
Insiden berkenaan berjaya dirakam menerusi rakaman cctv di stesen petrol berkenaan.
Post by Wikipedia Rakyat.
Ceritanya, pemandu kereta tersebut dan seorang penunggang motosikal secara
tidak sengaja masuk ke petak mengisi minyak pada masa yang lebih kurang sama.
Penunggang itu bagaimanapun, turun daripada motosikalnya untuk membuat pembayaran di kaunter terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, pemandu kereta tersebut kelihatan seolah seperti mahu beredar dari petak pam petrol tersebut.
Rupa-rupanya, pemandu kenderaan tersebut mempunyai muslihat kotor yang dirancangnya di mana dia sengaja mengundur keretanya sehingga melanggar motosikal tersebut.
Menyedari kejadian itu, penunggang motosikal itu segera mengejar dan membaling helmet ke arah kereta tersebut!
Malangnya, pemandu kereta yang jelas kurang rasa tanggunjawab itu sudah memecut laju meninggalkan stesen minyak itu.
Melihat rakaman tersebut, kami percaya penunggang motorsikal itu turut mengejar kenderaan yang "menganiaya" motorsikalnya.
Agak menghairankan melihat sikap pemandu kereta itu, bukan? Padahal, bukannya lama sangat pun masa yang diperlukan untuk mengisi tangki minyak sebuah motosikal.
Tapi pemandu itu memilih cara yang kurang ajar dan tidak wajar untuk menunjukkan sikap "baik"nya.
Kami percaya, kes berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan lanjut. -KedahNews.com