Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah dilaporkan bertitah bahawa baginda sebenarnya boleh memilih salah seorang Adun PAS sebagai Menteri Besar di negeri naungannya itu bagi menggantikan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Memetik dari laporan The Star, baginda walau bagaimanapun memutuskan untuk menerima Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, yang dicalonkan PAS sebagai Menteri Besar di atas faktor jangka masa panjang.
Memetik laporan dari sebuah laman portal pro-pembangkang pula, baginda Tuanku akui agak terkejut dengan
situasi yang mana parti Azmin sendiri, PKR menolak cadangan untuk melantik Timbalan Presiden Parti itu sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid sebelum itu digulingkan dalam satu konspirasi terancang yang diberi nama "Langkah Kajang" yang digerakkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, dengan restu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha menjadikan Ketua Umum PKR itu sebagai Menteri Besar Selangor.
Walaupun Abdul Khalid berjaya digulingkan, Anwar mahupun isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail gagal untuk menjawat jawatan Menteri Besar.
Titah Sultan Selangor, tindakan itu menggambarkan parti yang disertai Azmin tersebut sebagai "sangat, sangat mementingkan diri sendiri".
“Dia daripada parti yang sama tetapi mereka menolaknya kerana kepentingan diri," titah baginda,