Tersentuh hati kami mendengar pengakuan luhur tunang kepada gadis
cantik yang ditoreh mukanya oleh penyamun tidak berperikemanusian
baru-baru ini di Kota Bharu.
Tunang mangsa, Mohd. Azijja Zafran Zahrani, 24 berjanji akan terus
setia bersama insan tersayang meskipun gadis tercinta berkemungkinan
akan mempunyai parut kekal di wajahnya.
Mohd. Azijja juga turut meluahkan tekadnya untuk berada disamping tunangnya, Nur Syafiqa Lah dalam menempuh apa jua keadaan masa hadapan.
Pasangan ini dikatakan mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa pada April lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Memetik laporan portal Oh Media!, pemuda itu akui kini dia ingin memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunang tercintanya.
"Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ ujar Mohd Azijja.
"Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ ujar Mohd Azijja.
Mohd. Azijja Zafran Zahrani |
Sementara itu, Mohd Azijja turut memberitahu dia
tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur
Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.
‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.
‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.
"Walaupun Nur Syafiqa sudah
boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma
dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa
kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia
memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.
Nur Syafiqa mengalami pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan
ditoreh dengan sebilah pisau oleh penyamun yang menceroboh rumahnya di
Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.
Terharu mendengar pengakuan Mohd Azijja. Semoga Nur Syafiqa segera pulih dan sihat seperti selalu.