MUSYRIKIN Quraish terutama sekali al-Nadhar bin al-Harith (Tasfir al-Tabari) menyerang keagungan al-Quran dengan tuduhan ganjil. Ditohmahnya al-Quran itu bukan firman Allah sebaliknya kitab ciptaan Rasulullah SAW.
Kebiadabannya direkodkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir itu berkata: (Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta. Dan mereka berkata lagi: Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya). (al-Furqan: 4-5)
Berbagai-bagai cara digunakan Musyrikin Quraish bagi memadamkan cahaya Islam yang semakin menjulang menerangi bumi Mekah. Dalam keghairahan menentang, mereka tidak sedar kebodohan mereka terserlah apabila menuduh Rasulullah SAW belajar al-Quran yang luar biasa sastera dan isi bahasa Arabnya daripada beberapa orang asing (bukan Arab) di Mekah.
Dijawab mudah
Baginda SAW dituduh menadah kitab lampau yang kemudiannya dipersembahkan secara baharu atas nama al-Quran. Nabi SAW dituduh mengarang al-Quran atas seliaan ‘Addas bekas hamba kepada Huwaytib bin Abdul ‘Uzza, Yasar hamba kepada Amir bin al-Hadramiy dan Jabr bekas Amir (Tafsir al-Razi).
Hujah bodoh mereka ini dijawab mudah oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang al-Quran itu berbahasa Arab yang fasih nyata. (al-Nahl: 103)
Mudahnya seakan kita mengkritik seorang sasterawan negara yang tampil dengan karya syair Melayu kelas tinggi yang sungguh luar biasa.
Kita menuduh bahawa sasterawan itu menciplak karya tinggi syair Melayu itu daripada Mat Bangla pekerja di stesen minyak Petronas yang bahasa Melayunya sangat rendah. Pelik bukan? -Utusan