Sepatutnya, seorang ADUN yang mewakili kawasannya menjadi contoh kerana dia memikul tanggungjawab dan integriti sebagai ahli politik.
Maka kisah seorang ADUN DAP yang ‘kantoi’ sedang berjudi di Genting Highland ini memang memalukan.
Melalui sekeping foto yang kini tersebar di internet, susuk tubuh
seorang lelaki mirip Chen Fook Chye, ADUN Keranji, Perak kelihatan telah
ditangkap secara curi-curi di sebuah kasino di situ.
Fook Chye kemudiannya mengakui kesahihan gambar tersebut apabila
dihubungi akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, malah mengakui itu
merupakan dirinya sedang berjudi di kasino di Genting!
Walau bagaimanapun, dia mempertahankan tindakan tersebut kerana
menganggap bahawa ia dilakukan secara suka-suka untuk bersantai dan
tidak meletakkan pertaruhan besar.
Katanya, dia memilih untuk ‘bersantai’ di situ setelah penat dengan
tugas seharian. Jadi, dia pun mengambil bas ke Genting Highlands dengan
tambang RM8 seorang.
Tambahnya lagi, gambar tersebut dirakamkan ketika dia di sana 30
November lalu yang mana ketika itu, dia hanya menukarkan RM300 sebagai
wang pertaruhan selain mendapat kupon makan percuma.
Parah kalau macam ini.. tapi kalau difikir-fikirkan balik, pengundi yang memilih seseorang individu untuk menjadi wakil rakyat mereka, kan?
Maka, terimalah hakikat wakil rakyat yang dipilih mereka memilih untuk menghilangkan penatnya di kasino lepas penat bertugas.
Sumber: Mynewshub.cc