Blackberry Tawar Wang Tunai RM1,336 Pada Pengguna IPhone

BlackBerry mula mengatur langkah bagi menarik perhatian peminat gajet termasuk pelanggan Apple.

Menerusi pelan terbarunya, BlackBerry menawarkan wang tunai kepada pelanggan yang sanggup trade-in (menukar) telefon iPhone mereka dengan BlackBerry Passport.

Promosi ini merupakan salah satu pelan pemulihan milik firma Kanada yang mengeluarkan jenama ini untuk meningkatkan jualan sekaligus bersaing dengan jenama Apple.

Tawaran penukaran telefon bimbit iPhone dengan Blackberry ini dijangka bermula bulan depan sehingga 13 Februari 2015 di Kanada dan Amerika Syarikat.

Pelanggan yang mahu menukar iPhone mereka juga boleh menerima wang tunai sehingga $400 (RM1336) bergantung kepada model dan keadaan. Mereka juga akan diberikan $150 (RM501) dalam bentuk kad hadiah (gift card).

Model BlackBerry Passport baru sahaja dilancarkan pada September lalu.

Telefon bimbit model ini mempunyai skrin sentuh persegi yang lebih besar serta papan kekunci sentuh QWERTY.

BlackBerry menyasarkan gajet terbaru keluaran mereka ini sesuai untuk golongan profesional perniagaan yang mementingkan produktiviti, kuasa bateri yang lebih lama dan mudah dibawa. 
Sumber: Mynewshub.cc