“Bodoh, Banganglah Akhbar Punyai Si Busuk Sebegini.” - Bapa Emma Maembong

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Gara-gara difitnah dan dikeji sebegitu rupa, bapa Emma Maembong, Ismail Embong, 66, tampil menyelar sebuah akhbar tempatan yang telah memburukkan dirinya dalam sebuah artikel bertajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’.

Artikel yang diterbitkan semalam sekaligus telah mencetuskan kemarahan apabila dirinya bukan sahaja diburuk-burukkan malah segala kenyataan tersebut bercanggah dengan fakta sebenar.

Menurut pelukis profilik negara terkenal ini, wartawan artikel yang dikenali sebagai ‘Miss J’ ini tidak sepatutnya menjatuhkan dan memburukkan orang sesuka hati tanpa mendapatkan fakta sebenar.

picm

“Usah burukkan sesiapa kalau niat nak jual akhbar, terutama niat mu untuk menghancurkan org lain.” ujar Ismail dalam Facebooknya.

Malah kerana terlalu berang, Ismail menyelar wartawan tersebut sebagai ‘si busuk’.

“Bodoh dan banganglah akhbar punyai si busuk sebegini.” katanya.

Ismail turut memperjelaskan yang sebenarnya dalam urusan perkahwinan anaknya dia hanya mahu lakukan secara sederhana.


Dalam dakwaan ‘Miss-J’ yang kononnya dia cabut lari selepas menguruskan hal pernikahan, Ismail memberitahu selesai menandatangani surat tersebut, dia beredar bersama rakan dan anak lelakinya untuk mencari makanan sebab terlalu lapar kerana masih lagi tidak menjamah makanan seharian.

Menurut bapa selebriti ini, dia agak terkilan kerana permintaannya supaya pihak media tidak dipanggil ketika majlis pernikahan terutama lepas kes seumpama ini berlaku.

“Saya terkilan, marah, sedih, hampa, pilu, disusuli hal ini pula, juga tidak mengikut permintaan bapa. Sudah saya nasihati mereka untuk bernikah secara kecil-kecilan, jangan ada pihak media terutama seperti si Miss-J ini.”

“Lepas nikah, buatlah apapun, jangan libatkan saya kerana saya masih ada tiga anak yang belum berkahwin. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kalau kata majlis sanding itu ditaja, boleh. Suruh si penaja itu sedekahkan pada fakir miskin dapat berguni, berlori pahala,” katanya.
Sumber: Mynewshub.cc